Hari ni, muka hadapan http://www.hmetro.com.my ada menyiarkan pengakuan Kak Noor, individu yang merakam Video Seorang Wanita Memukul Bayi yang mengejutkan dan menjadi viral di Laman Facebook dan Youtube kelmarin. Video yang jelas menimbulkan kemarahan orang ramai tu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai selain ada segelintir yang menyalahkan individu yang merakam video itu sendiri kerana tidak membantu menyelamatkan bayi tersebut.
Menurut Kak Noor,
- Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa
- Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding
Ketika kejadian juga, diceritakan wanita di dalam video bernama Ira tu juga seolah-olah naik angin malah bertindak memukul Kak Noor ketika cuba menyelamatkan bayi malang itu. Bahkan anak Kak Noor yang berusia 9 tahun juga turut dipukul ketika cuba mengambil bayi malang itu.
Kalau korang rasa dia sangat cute, silalah LIKE page dia ye
Apa-apa pun, kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengakuan Kak Ira, boleh layari http://www.hmetro.com.my/ atau dapatkan Suratkhabar Harian Metro (lebih banyak cerita berbanding dari web).
Atau, korang boleh tengok video interbiew tersebut di bawah..
Nota Kaki Kiri : Tak salahkan akak Noor sebab kita tak tahu situasi sebenar yang berlaku disitu. Cuma sedikit rasa terkilan dengan situasi itu aje. Alhamdullilah, Terima Kasih. Bagus juga akak tampil beri penerangan.
Nota Kaki Kanan : Reaksi masyarakat kita memang wajar. Sebab kita tak tahu cerita sebenar. Tapi untuk rasa marah, benci, geram tu bukankah itu tanda prihatin masyarakat? Kita taknak kes atau isu-isu sebegini dipinggirkan. Sebab bila terpinggir, penguatkuasaan/tindakan akan kurang
phreak-id : Maaf ye Kak Noor sebab tersalah anggap :)




nak buat bukti pun pada2 la sampai brp minit rakam tu sempat mati budak tu wei.. alasan x memberangsangkan langsung..
BalasPadamha'ah. Geram sangat kan? Situasi yang membuatkan dia nampak begitu. Kalau saya, tangkap budak tu pastu lari ke bilik lain, apa salahnya..
Padam