**entry ni di edit semula untuk tujuan promosi. Oleh kerana pada asalnya entry ni dilakukan secara Live Blogging, so, memang banyak cacat dan celanya. Harap maaf**
Salam semua. Ketika entry ini dikeluarkan aku + teammates iaitu hana + chearmster + nik mashimaro sedang bertungkus lumus dalam Maxis Om Nom Nom Race. Bermula di Modesto Capsquare, kami diberi 2 sampul (lifeline) yang mana sampul pertama mengandungi koordinat GPS untuk pergi ke 1st Stop A1, manakala Lifeline kedua adalah untuk diserahkan kepada 1st Stop A2 [Restaurant sebenar yang harus dituju].
Setelah berjumpa marshall di 1st Stop A1 di HSBC Bank Newtown PJ, kami diberikan satu lagi sampul yang mengandungi puzzle yang perlu diselesaikan yang akan membawa kami ke 1st Stop A2 iaitu restoran sebenar. Dan restoran yang kami tuju adalah :-
Kafe Strawberry Fields
Actually, cafe ni ada 2 side yang dipisahkan oleh lorong sehala. Tapi disebabkan kami agak kelam kabut dengan Maxis Om Nom Nom Race, masa tu kami langsung tak perasan side yang sebelah lagi. Bagi orang PJ New Town, maybe cafe ni tidak asing bagi anda.
Ini antara menu special yang dipaparkan. Kalau korang fikir harga dia agak mahal, korang mesti akan berubah fikiran setelah tengok meal dia. Seriously harga dia sangat berpatutan
Interior dia sangat menarik. Aku amat kagum sebab bila tengok harga makanan dia, terlalu murah jika nak dibandingkan dengan imej Kafe Strawberry Fields ni. Ibarat kita makan di restoran yang high class tapi pada harga makanan yang sangat murah.
Kami dihidangkan dengan :-
Strawberry Fields Fried Rice Western Style (RM 7.80)
Mewah dengan seafood, chicken finger, salad. Seriously kalau korangg rasa sikit, mesti korang akan habiskan.
Ice Lemon Tea berharga (RM 2.80)
Nak rasa kesegaran lemon? Ie Lemon Tea kat sini memang fresh. Ibarat fresh dari ladang! hehe
Sagu Gula Melaka (RM 4.00)
Kuih tradisional di tengah-tengah kota, membuatkan kita terasa rindu kat kampung halaman
Chicken Spaghetti (RM7.50)
Untuk mereka yang menggemari masakan dari Barat, Sos spagheti yang sedap dan pekat, bakal membuatkan anda semua cari buat kali kedua!
Disebabkan ini untuk Maxis Om Nom Nom Race, maka kami terpaksa la bergegas untuk ke Next Stop. Sebenarnya agak terkilan juga sebab tak dapat review secara detail. Tapi takpe, next time kami pasti akan kesini lagi untuk menikmati menu dengan lebih selesa tanpa risau pasal Race. Hehe
Untuk mereka yang ingin recommend restoran ini kepada rakan-rakan, ada kad perniagaan yang boleh dibawa pulang. Dan untuk pengetahuan, Kafe ni ada 2 branch sebenarnya.
Petaling Jaya branch:
Lot14 Ground Floor,
Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya
Tel : 03-7960 1268
Taipan Branch:
26,Ground Floor,
Jalan Usj 10/1B,
Taipan Business Centre,
47620 Subang Jaya
Tel : 03-5635 9252
Tel : 03-5635 9252
Sila cuba dan anda pasti tidak menyesal.
Okeh! off to the next stop!!!



nyum nyum dapnya....=)
BalasPadamperghh........... memang menyelerakan.....
BalasPadamtp kalu kak sumi makan sure muntah balik......hahaha
Sumijelly.com
@Ain Atika : boleh la cuba nanti. Hehe
BalasPadam@Sumijelly : Orang 1st Trimester memang tak boleh makan banyak la. Hehehe
BalasPadam