Woooh! Semua orang bergumbira. Kawasan Bandar Sri Permaisuri Cheras ni pun masih bising dengan budak-budak motor main hon-hon sambil bawak Bendera Malaysia. Yang naik kereta bawak Bendera Malaysia pun join sekali hon-hon. Memang meriah. Selain pemain Harimau Malaya dan deligasi skuad kebangsaan yang tengah sangat bergumbira, ada lagi golongan yang terlalu suka iaitu golongan mamak kerana majoriti kedai diaorang full house. Hahaha
Siapa tak tahu yang rakyat Malaysia gila bola? Memang dari dulu "Malaysian love football" cuma bezanya setelah zaman Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh berakhir, bolasepak Malaysia macam hilang tarikan. Tapi prestasi sejak akhir-akhir memang membanggakan. Setelah menjadi juara Sukan SEA 2009, mara ke pusingan kedua Sukan Asia (setelah sekian lama), dan malam ini Juara Piala AFF Suzuki, memang patut semua rakyat Malaysia meraikannya.
Aku ingin berterima kasih kepada kesemua skuad Bolasepak negara. Anda bukan sahaja mengharumkan nama negara, anda juga berjaya mengembalikan minat rakyat Malaysia kepada bolasepak kebangsaan, bahkan anda juga berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia melalui kejayaan ini. Kenapa?
Pergi tengok di semua kawasan kedai-kedai makan, berita Tv, suratkhabar, radio, blog, forum, facebook, twitter, dan sebagainya, semua orang bercerita pasal bola. Semua rakyat Malaysia bersatu hati menyokong skuad Harimau Malaya pada malam ini dengan mengenepikan segala fahaman masing-masing, baik dari segi politik, kaum, daerah, dialek dan sebagainya. Lihatlah! Semua orang bersatu demi menyokong anda dan bolasepak negara. We are proud of you!
Okeh, cukuplah aku bermadah membebel bebel bebel kat sini. Selain aku yang nak mengucapkan tahniah kepasa skuad kebangsaan, mereka ini juga nak ucapkan tahniah kepada anda.
Syabas Harimau Malaya!
Dan yang terbaru, aku baca di utusan Malaysia, Jumaat ni cuti umum? Takpe, sama-sama kita nantikan betul atau tidak berita ni.
Sumber : >>Utusan Online<<
Nota kaki : Rio Ferdinand pun tengok Suzuki Cup eh? Agak famous la reputasi kita kalau gitu. Haha
phreak-id : semua orang gumbira termasuk aku. mulai malam ni sampai esok, aku akan update 3-4 kali pasal AFF Suzuki Cup 2010 neh. Naikkan mood. Yehaaaa!!
































