Facebook ni ibarat pisau. Kita boleh gunakan untuk kebaikan dan kita juga boleh gunakan untuk benda yang tak baik. Sama lah dengan pisau. Pisau amat penting untuk digunakan untuk kebaikan seperti memotong daging, sayur-sayuran dan sebagainya, tetapi pisau juga boleh digunakan untuk benda-benda jahat seperti mencederakan orang.
Natijahnya (wah! ayat kamus dewan bahasa), facebook dulu yang selalunya digunakan untuk kebaikan kini dah banyak disalah gunakan. Ada orang gunakan facebook untuk cari kawan lama, untuk kekal berhubung walaupun kawan kita tu ntah kat ceruk mana. Bak kata kawan aku "facebook ni buat kita rasa dekat dengan kawan kita".
Tapi ada juga orang guna facebook untuk mengutuk, mencerca personaliti orang lain, mengutuk tokoh-tokoh politik, mengutuk pemimpin, mengutuk agama lain dan sebagainya. Ada sesetengah tu pula, menggunakannya untuk tujuan bisnes yang langsung takda etika. Bisnes dalam Facebook tak pernah salah, cuma kadangkala, gunakanlah otak untuk lebih beretika, betul tak? (semua orang ko tag, tapi apa salahnya ko minta kebenaran dulu atau sekurang-kurang guna ayat ini "maaf ye kawan-kawan, kalau tak suka sila "untag", kan lebih bersopan). Tapi ada tu sampai buat satu akaun "ghost" khas, add semua orang (yang kita pun accept sebab kawan lain semua mutual friend dengan dia -> bajet dia pun geng kita gak), padahal kita tak kenal dia pun. Akaun "ghost" pulak dok tag sana, tag sini. Semak betul.
![]() |
| Watak dalam gambar tiada kena mengena. Dia manusia baik yang sudi untuk menjadi model entry aku (walaupun tanpa kebenaran). Hahaha |
Kutuk mengutuk dalam facebook pulak lagi la aku tak faham. Bajet hebat la kutuk dalam facebook. Dulu sebelum terjerumus dalam blogging ni, aku hardcore online gamer. Golongan yang power kutuk-kutuk macam ni kami panggil "keyboard warrior". So faham-faham je lah kan maksudnya.
To certain extend, sometimes aku rasa boring dengan facebook ni. Twitter lagi baik. Apa-apa pun korang fikir-fikirkanlah apa yang baik yang boleh digunakan dengan Facebook ni. Satu fakta yang korang kena tahu, Orang Malaysia ni adalah rakyat yang paling terkenal di online (aku baca somewhere dalam blog siapa ntah, fact tau, bukan reka-reka). Unlike orang China yang giler online gaming, or Japanese, Korean or etc, diaorang lebih sukakan nickname bila online instead of nama/detail yang betul macam orang Malaysia. That's why orang Malaysia ramai yang ada account dalam social network ni.
Aku gunakan Facebook untuk kebaikan = promo blog aku instead of kutuk-mengutuk. Dulu? mungkin. Sekarang tidak lagi, sebab aku rasa aku dah cukup matang untuk gunakan Facebook. Cuma satu yang Mark Zuckerberg lupa nak buat, patutnya letak 'TOS - Term of Service' masa new user registration. Tulis la..
"please use your brain before posting in Facebook"
Nota kaki : *emo mode*
phreak-id : Aku mengikut peredaran zaman. Kalau suatu hari nanti orang lupakan Facebook, aku pun sama. But for the moment, aku masih perlukan Facebook. Cuma aku gunakan otak ketika ber'facebook'. Kenapa? Facebook masih penting dalam mem'promo' blog aku. Hehehe








haah facebook memang efektif untuk blogging..tapi kalau ko aktif twitter ko akan nam[ak revolusi tweeting entry
BalasPadammacam macam dengan facebook..
BalasPadamcayok cayok... apa sekalipun yang wujud kat mukabumi ni, semuanya akan rosak dan punah kalau disalahgunakan....
BalasPadamsw33tdarling.com
semua benda ada pro and con dia...... adakah semua bnda itu pisau???? adakah aku sedang mangadap pisau skang nie......??? omaigod!
BalasPadamplg tak boleh blah, siap ade hate page lagi, mcm2 hate page ade,
BalasPadamtepahaaape ntah!
@BeaN MorENo : baru nak start-start bro. payung-payung la sket. hehehe.
BalasPadam@mie : tau takpe.
@sWeEtdARLiNG : betul tu. terpulang kepada manusia macam mana nak gunakannya..
BalasPadam@cikpia : dem cikpia. jangan main pisau dengan komputer la. adoyaii.. :p
BalasPadam@tia : oh. cerita pasal hatepage lagi best. kalau cerita kena mau 3 entry sekaligus. hahaha. (yang penting kita jangan jadi famous sangat. nanti bila ter'kerek' sket, tup tup kluar hate page utk kita).. :p
BalasPadamAhaha. Aku baru masuk blog kau ni dari blog AM. Pandai lak nak promote eak. Hahah.. nasib baik bro AM tak kata per...
BalasPadamFacebook o facebook ~ (itu jerlah kot komen aku.~)