30 Perkara Perempuan Tak Bagitau Lelaki

Blogger Widgets
Tiba-tiba aku jadi nak jadi Dr Love pulak. Hehehe. Actually aku jumpa benda ni kat facebook. Korang paham-pahamlah facebook ni kan. Tag sana tag sini. So, artikel ni aku terbaca kejap kat facebook. Credit to Mtd Kota Lama 
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise(hadiah, bunga mahupun sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.  buatnya

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-) 

phreak-id : adakah entry aku kali ini akan menggalakkan musim mengawan? harap-harap tidak..  :p


If you like this entry, please >>Nang It<<
comments
13 Comments
Comments

13 Comment:

  1. tambah lagi satu... kalo pmpn kate "ye" mean "NO!"..

    n sure thing pmpn suke kate.. "suke hatilah" n "what ever"

    BalasPadam
  2. woahh byk tips nak pikat wanita ni.. ermm nak pikat wanita kena sabar..diorang ni kengkadang tak betul skit ar hahaha

    BalasPadam
  3. wah, berguna juga nih...heheheh! nak try nasib lak! :P

    BalasPadam
  4. ha ha... mentang2 la bini lam pantang, terus buat entri ala2 lelaki romantik yang sangat memahami wanita.... cheitttttt!!!!!!

    BalasPadam
  5. tak setuju dengan No.2!! sepatutnya, bila tahu pompuan tu tgh menjauhkan diri, MINTA MAAF CEPAT2 DGN IKHLAS walaupun anda tak tahu anda bersalah atau tidak.... betul ni!!

    sw33tdarling.com

    BalasPadam
  6. ahhaa musim mengawan? hmm bulan lom mengambang lagi,takpe masih selamat :D

    BalasPadam
  7. Mizi a.k.a SKELERTOR : ayat paling best, "ikut suka hati awak lah" and then bila dah buat "la apasal gitu apasal gini". Tapi sebelum tu, "ikut suka hati awaklah"..

    BalasPadam
  8. @Fitrihadi : hahaha bro. bila lagi fitrihadi nak keluar tips pikat wanita, tips blogging sudah, tips jimat wang sudah. hehehe

    BalasPadam
  9. @Keyrill Eduardo Willeyhem : oit.. study dulu.. :p

    BalasPadam
  10. @cikpia : chaittt.. dengki

    BalasPadam
  11. @sWeEtdARLiNG : ada yang suka mcm tu ada yang suka sebaliknya. kepada lelaki yang ego, sila follow tips no2 tu, and bila dah nyesal baru pergi minta maaf. hehehe

    BalasPadam
  12. @Bella Enveeus : huh. sekarang musim mengawan tak kena tempat..

    BalasPadam
  13. errkk.......erk..tak nak komen,..tak nak komen......hahahaha

    Sumijelly.com

    BalasPadam

Please Consider..
1) Be A Follower
2) Follow on twitter -> phreakid_blog
3) Like Facebook page -> phreak-id.com