Nuffnang Exclusive Screening - You Again?

Blogger Widgets
poster

Semalam aku ke Cathay Cineplex di e@curve (dulu dikenali Cineleisure Damansara) setelah dapat tiket free dari Nuffnang selepas buat entry khas untuk Nuffnang Exclusive Screening – You Again. Actually, aku dapat invitation tu lambat maybe sebab aku dalam reserve list selepas blogger lain revoke. Apa-apa pun kalau dah movie pada waktu yang convenient, maka takkan aku lepaskan hahaha.

Ok, berbalik kepada cerita ni yang lebih kepada family comedy lakonan Kristen Bell (Marni), Jamie Lee Curtis (Gail), Odette Yustman (Joanna), Sigourney Weaver (Aunt Ramona), Betty White (Grandma Bunny), Victor Garber (Mark) dan James Wolk (Will)

Ceritanya berkisarkan Marni yang sering dibuli oleh Joanna dan geng-geng nya ketika di Sekolah Tinggi dulu. Walau bagaimanapun, kini dia dah memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat "public relation" di Los Angeles dan bakal dinaikkan pangkat ke Timbalan Presiden di cawangan baru di New York. Tapi tanpa disangka-sangka, Marni mendapat berita yang abangnya Will bakal berkahwin dengan Joanna, gadis yang amat dibencinya  (My brother is about to marry a girl, who single handedly ruin my life). Marni kemudiannya pulang ke rumah untuk persediaan perkahwinan tersebut mendapati Joanna seolah-olah berpura-pura tidak mengingatinya ketika di Sekolah Tinggi Ridgefield dulu. Lebih menyakitkan hati, Joanna memang sangat disukai ahli keluarganya termasuklah anjingnya sendiri Coco Puff. 

Tetapi, Marni masih tidak berpuas hati kerana dia tahu yang Joanna berpura-pura dan  Marni merancang untuk mendedahkan perwatakan sebenar Joanna ketika di Sekolah Tinggi dahulu. Joanna yang sudah tidak mempunyai Ibu Bapa hanya mempunyai seorang makcik (Aunt Ramona) yang merupakan seorang wanita yang berjaya (Forbes top 100 succesful woman). Yang membuatkan ianya lebih menarik, Aunt Ramona juga merupakan "rival" kepada ibu Marni (Gail) ketika di sekolah tinggi dulu. 

Apa-apa pun aku takkan cerita panjang sebab lebih baik korang pergi tengok sendiri cerita ni. Secara keseluruhannya cerita ni sangat kelakar walaupun bagi aku, kesudahannya agak longgar kerana cara Joanna mendapatkan balik cinta Will agak senang. Tapi itu tidak menggugat rating keseluruhan yang aku nak bagi untuk cerita ni  (8.5/10) kerana lawak-lawak dan jalan ceritanya yang sangat kompleks tapi senang difahami. Kalau korang rasa ini cerita "rivalry" 2 generasi, yang sebenarnya Grandma Bunny pun ada "rival"nya. So, ianya cerita "rivalry" 3 generasi.

Apa-apa pun, aku pergi ber"tiga" malam tadi. Sempat melepak dengan Che Arm yang menjadi driver dan babysitter kepada SumiJelly . Yang paling aku rasa menarik, 1st time jumpa  SumiJelly dia ni banyak tips nak dikongsi sebenarnya. Mem aku yang tengah 8 bulan tu tercengang-cengang dengar nasihat dan tips menjaga anak dari dia. Aku ingat, kalau dia bawak kertas, confirm dia salin semua yang SumiJelly cakap sebabnya semuanya memang berguna. Tapi apa-apa pun kami memang enjoy malam tadi sebab bukan setakat dapat tengok cerita yang kelakar gila, tapi sempat berkenalan dengan SumiJelly dan berjumpa dengan otai-otai blogging macam Jai @ Teratakamo, redmummy dan reddaddy nya. Dan tak lupa mamat Hamzah Ian "Jimba-Jimba" dan pasangannya. Hahaha 

Che Arm a.k.a Mr Mama








comments
15 Comments
Comments

15 Comment:

  1. ooo............. nie la gambar che arm menjadik bbik yang tgedik2 dia suh aku tengok tu..... he he...... sweet!!!!

    che arm, confirm mak aku berkenan!!!

    BalasPadam
  2. argh.. aku tak jumpe pun redmumy.. korang tak ajak aku.. grr..

    BalasPadam
  3. Cikpia : Ko nak hantar rombongan ke?

    Hamzah : Ko tiba-tiba menghilangkan diri.

    BalasPadam
  4. aku ingat nak mintak ko wakilkan aku pi merisik dia..... kalau kuarga dia setuju, ujung tahun masuk minang.......

    BalasPadam
  5. wah menariknya perjumpaan blogger,,,best!

    BalasPadam
  6. aduh? asal ko letak gambar yang nakpak gigi kapak weh.. ahahaha

    BalasPadam
  7. Tomato Gurl's Life : Tadi kena terjah dengan Ben Ashaari eh? amacam? Banyak tak naik traffic.. :p

    Che Arm : alalalala hamster kiut..

    BalasPadam
  8. Wahh...anak buah Bean Moreno semakin mewarnai arena blogging..hehe..Baguih memeriahkan suasana..jumpa lagi dilain kali bro..

    BalasPadam
  9. Wah.. teratakarmo blogwalk aku.. honoured.. honoured. hehehe

    Terbatuk-batuk Bean asyik sebut nama dia sejak 2 menjak ni..

    BalasPadam
  10. hamzah k red adalah malam tu, ko yg sibuk balik cepat tau..

    BalasPadam
  11. uuhhhh i remember u.... hehehe kalau nak baca pengalaman beranak lagi, sila search kat blog sw33tdarling tu yaa... pengalaman yang tak ngeri punya...!

    kalau baca, mesti rasa seronok nak beranak, tak sabar2 rasanya... gud luck!

    www.sw33tdarling.com

    BalasPadam
  12. ya ya.. sure my wifey suka baca. Sejak 2 menjak ni dia dah pandai blogwalk utk aku. mm, boleh diasah lagi ni.. hahaha

    BalasPadam
  13. hahaha...akhirnya dapat gak jejak ID ko ,....
    dan seperti biasa, aku la org terakhir yg tahu Id ko...hahaha

    K..semoga selamat la segalanya untuk Wife yek..
    jangan lupa tau.. beli ikan pati haruan bersalin tu...nanti apas bersalin terus jer minum... elok tuk kesihatan tu...


    Sumijelly.com

    BalasPadam
  14. kan dh kata che arm tu hamster kiut...haha

    BalasPadam

Please Consider..
1) Be A Follower
2) Follow on twitter -> phreakid_blog
3) Like Facebook page -> phreak-id.com