Lukisan Potret Yang Sangat Hebat Menggunakan Pensel

Blogger Widgets
Masa usha-usha youtube tadi, terjumpa video lukisan lelaki singapore ni. And then bila check Facebook dia https://www.facebook.com/WiiMERNArt, aku jadi sangat-sangat kagum. Memang terbaek lah bakat yang dia ada.
Kalau tak percaya, tengoklah artwork dia kat facebook : https://www.facebook.com/WiiMERNArt. Ada banyak lagi gambar and video.
phreak-id : weekend yang busy. ada banyak hutang entry nak kena setelkan 2hari ni.. =.=
CLICK HERE to Read Full Post ... comments

Tahniah Pandelela Rinong untuk Pingat Gangsa dalam 10m Platform Olimpik

Blogger Widgets
Pagi ni, lepas sahur, terus bukak http://www.london2012.com/diving/ untuk tengok result final 10m platform wanita yang berlangsung awal pagi tadi. Memandangkan acara berlangsung pukul 2 pagi, "memang tak dapek la den nak nengok". Tu yang cepat-cepat buka pc lepas sahur ni. 


Apa-apa pun, tahniah kepada Pandelela Rinong kerana berjaya memenangi Pingat Gangsa dalam acara tersebut. Difahamkan, Pandelela merupakan atlet wanita pertama Malaysia yang memenangi pingat di Olimpik dan ini juga merupakan Pingat yang pertama untuk Malaysia yang datangnya dari sukan selain badminton. Tahniah sekali lagi!


phreak-id : kecewa dengan Pocketrocketman  :(  , takpela.. hopefully 2016 dia akan menang emas pulak..
CLICK HERE to Read Full Post ... comments

Kaunter Zakat Pandu Lalu (Drive Thru)

Blogger Widgets
sumber gambar : utusan

Terlalu sibuk nak bayar zakat? Kenapa tidak bayar di Kaunter Zakat Pandu Lalu (Drive Thru) je?
MASJID Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menjadi masjid pertama di Malaysia memperkenalkan kaunter bayar zakat pandu lalu.
Ia bertujuan memudahkan dan mempercepatkan orang ramai melakukan urusan pembayaran zakat fitrah.
Kaunter pandu lalu itu dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 5.30 petang kecuali pada hari Jumaat.
 Baca artikel tersebut di Utusan

 Sumber : ammboi.com


Nota kaki kanan : Ada baca 1 thread kat forum.lowyat.net/Kopitiam . Forummer tu kata (dia non-muslim) masa dia nak pergi drive thru McDonald tempat dia, ramai pulak kereta time lunch hour. Dia pelik sebab sepatutnya time bulan puasa, mesti fast food macam McD ni akan kurang customer time tengahari.

Nota kaki kiri : Adakah yang ramai-ramai tu = mereka yang tak puasa? =.=

phreak-id : Ooo. Pergi Drive Thru McD time tengahari boleh plak. Bayar zakat Drive thru tak boleh?  ;p

CLICK HERE to Read Full Post ... comments

Worldless Wednesday - Resepi Membuat Tauhu yang Sedap

Blogger Widgets
CLICK HERE to Read Full Post ... comments

[Gotye - Cover] Somebody That I Used to Know - Walk off the Earth

Blogger Widgets
Tak kira berapa kali aku layan video ni, tak rasa boring tapi syok plak. Kalau tak silap aku, masa aku tengok video ni lebih kurang 1-2bulan lepas kut, 60+ juta view, hari ni baru aku perasan 131juta view. Semakin viral dan semakin bertambah-tambah famous la diaorang ni

 
Aku rasa, secara tak langsung, video ni mesti menyumbang kepada 295juta view video asal Gotye ni
Secara logiknya, mesti bila orang dah layan video cover tu, mesti orang nak cari video penyanyi asal kan.
phreak-id : kreatif...Bermodalkan tagline "5 peep 1 guitar"
CLICK HERE to Read Full Post ... comments

myvitrd.com | Sesi Terjah Bazar Ramadhan Di Damansara Damai

Blogger Widgets
Klik pada mana-mana link/gambar untuk ke artikel asal

Salam ramadhan semua,
Alhamdulillah dah 8 hari kita semua berpuasa.. dan syukur kerana sepanjang bulan puasa ni kesihatan alhamdulillah baik-baik sahaja.. dan kebetulan hujung minggu ni aku tak kerja so dapatlah aku bawa anak bini aku gi terjah satu lagi bazar ramadhan di Damansara Damai. Jomlah kita layan gambar.. biarkan gambar yang berbicara hari ini.
Sampai ke lokasi jam 6 petang.. fuhhh punya ramai orang dan kebanyakkan kenderaan semua parking dekat tepi jalan je termasuk aku…hehehe…. so kena menapak beberapa ratus meter sebelum sampai ke bazar
Cuma sesuatu yang sedih bila setiap kali ada bazar mesti akan ada pengemis yang aku rasa di dalangi oleh beberapa sindiket.. tapi kitakan rakyat yang pemurah.. kekadang hulur juga sebab tak sampai hati tengok ada yang bawa anak kecik & cacat.. kalau nak cerita lanjut pasal pengemis ni korang terjah blog Mazidul
Masuk je kekawasan bazar terus nampak kedai Beriani Gam Maharani.. mula-mula nak beli tapi kenangkan nak beli menu lain dulu so aku cakap dengan cik malarang esok-esok jelah kita beli.. takut membazir tak habis nanti.. :-)
Gerai ni memang jual semua jenis kerabu.. aku tak tahulah kerabu apa yang ada dekat situ
apa yang jelasnya cik malarang peminat kerabu.. so dia beli jugalah sikit kerabu untuk buat makan sahur katanya.. ;-)
Dalam banyak-banyak gerai air.. gerai ni jugalah yang jadi pilihan aku... nak test oren asam boi...
Bab jual air ni memang banyak gila gerai yang jual air.. sebab biz jual air ni untung dia berlipat kali ganda tau.. air mata kucing ada.. air katirah ada.. dan macam-macam lagilah
fuhhhh!.. panas-panas kalau minum air ni mesti lega satu badan beb.. opppsss tak boleh minum masa ni.. nanti batal puasa tau.. :-)
Ayam percik.. entah kenapa tetiba tekak aku teringin nak rasa ayam percik pakcik ni..
Tengok tu.. kalau takda niat nak beli pun.. sekali tengok ayam percik ni di longgok terus order.. hehehe.. “kasi saya Dada satu bag”.. hehehe
Dalam banyak-banyak bazar ni pertama kali aku jumpa orang jual Nasi Goreng pataya dekat bazar ramadhan.. persembahan menarik.. tapi aku tak beli sebab semalamnya berbuka dengan nasi goreng pataya dah.. so ari ni menu lainlah pulak.. hehehe
Chicken Wing @ kepak ayam .. yang ni cik malarang suka sangat.. tapi bila aku tanya nak beli tak…. dia kata tak mau.. dalam hati aku.. jimat duit hari ni.. hehehe
Wah tu dia.. isi murtabak sedang dimasak.. aku tak beli juga sebab tak terasa nak makan murtabak kali ni.. adakah murtabak ni boleh lawan dengan murtabak Edy di Uniten.. hehehe
Sampai-sampai je dah banyak bekas agar-agar ni yang dah kosong.. dalam hati cakap.. mesti sedap ni.. sebab ramai yang beli.. apa lagi hulur duit terus beli 5 potong dengan pelbagai rasa.
Menu biasa yang ada dekat bazar, kuey Teow Kerang, mee goreng & nasi goreng
Paling best dekat bazar damansara damai ni adalah ada artis lagi yang meniaga sapa lagi kalau bukan Azizul Khamis.. aku mula-mula tak perasan.. tapi lepas cik malarang cakap baru aku toleh tengok.. siapakah Azizul Khamis ni?.. Azizul Khamis dekat gerai ni berniaga roti goreng gerentis.. disebabkan nak test aku belilah 2 satu daging dan satu lagi ayam.. rupa-rupanya bro Zarulumbrella dah terjah dulu kedai ni.. hehehe.
Yong Tau foo.. wah memang menarik.. aku kalau lepas solat jumaat memang selalu pekena yong tau foo ni dekat food court IJN.. terbaik.. tapi dekat bazar ni.. tekak tak terasa nak makan.. :-)
Dan dalam banyak-banyak kedai yang aku terjah.. ini jelah yang kami bawa balik untuk dibuat berbuka.. hehehe.. itu pun dah banyak.. ada ayam percik, agar-agar, roti jone dan roti goreng Azizul Khamis, air soya dan air oren asam boi.

Alhamdulillah nikmat berbuka bersama keluarga dirumah sangat dirasai hari ini.. almaklum jelah bila waktu kerja.. nak terjah bazar pun tak sempat.. kekadang sampai rumah je dah azan.. so hujung minggu ni jelah dapat santai dengan family.

So kalau korang tinggal berhampiran dengan kawasan Damansara Damai tu.. jemputlah datang ke bazar ni ye.. apa yang pastinya kalau korang datang mesti tak balik dengan tangan kosong punya.. hehehe..
“Selamat berpuasa semua”

Atau klik pada gambar
 _____________________________________________________________________________
 Inginkan resepi menarik sepanjang Ramadhan ini, atau ingin ketahui buffet ramadhan yang telah direview oleh Blogger? Klik Banner di bawah..
CLICK HERE to Read Full Post ... comments

Lee Chong Wei ke Final Olimpik | Lagi Makanan Percuma Kalau Malaysia Menang Emas

Blogger Widgets
Kalau sebelum ni, Baskin-Robbins dan Media Prima berkolaborasi akan memberikan Ais Krim percuma sekiranya Malaysia mendapat Pingat Emas Olimpik pertama nanti. Kini giliran Original Penang Kayu Nasi Kandar pula akan tampil memberi set makanan percuma beserta minuman kordial sekiranya Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik ini.

Meanwhile, restaurateur Burhan Mohamed is offering patrons more reason to celebrate if Lee Chong Wei wins the gold medal.
“If he wins, he will get money and a gold bar. But besides the joy, we Malaysians who have been cheering him on should also get something.
“So, I will give a free meal to customers as something for us to celebrate too,” said the managing director of Original Penang Kayu Nasi Kandar.
If Lee gets the gold medal, customers would be treated to a set meal plus a cordial drink from between 7pm and 10pm at the restaurant in SS2 here.
Berita penuh di : thestar.com.my 

Apa-apa pun, tahniah kepada Datuk lee Chong Wei kerana berjaya menepati ramalan ke final dan mengenepikan cabaran Chen Long di Separuh Akhir semalam. Kepada rakyat Malaysia, jangan lupa untuk sama-sama memberikan sokongan dengan menonton perlawanan akhir nanti pada esok,  5 Ogos (Ahad) kira-kira jam 8malam waktu Malaysia. 

Malaysia Boleh!


Nota kaki : Confirm ramai serbu Kayu Nasi Kandar nanti.. 7-10pm, Original Penang Kayu Nasi Kandar SS2 je tau!

phreak-id : PM taknak bagi Cuti Percuma a.k.a Public Holiday ke?
CLICK HERE to Read Full Post ... comments